1. Apa itu homeopati ?

Homeopati adalah satu kaedah perubatan semulajadi yang terkenal dengan kaedah rawatan yang selamat dan berkesan.

Kaedah rawatan homeopati diperkenalkan oleh seorang Doktor Pakar Perubatan Moden di Jerman iaitu Dr Samual Hahnemann pada 1796.

Kaedah homeopati merawat secara holistik iaitu secara keseluruhan termasuk fizikal, mental, emosi dan spiritual pesakit.

2. Bagaimana kaedah rawatan homeopati?

Rawatan homeopati adalah yang menggunakan bahan sumber semula jadi seperti tumbuhan dan mineral sebagai ubatan.

Kaedah rawatan juga menyerupai kaedah rawatan moden iaitu perawat mestilah mengambil tahu tentang tanda dan gejala yang dihidapi oleh pesakit sebelum diberikan ubat.

3. Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & perkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit.

4. Apakah Ubat Homeopati ada kesan sampingan?

Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.

5. Siapa yang boleh menggunakan ubat homeopathy?

Ubat homeopati boleh digunakan oleh semua peringkat usia, termasuk warga emas, ibu mengandung, bayi, kanak-kanak dan lelaki.

6. Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.

Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan nama Penawar Tunggal (single remedy) bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau keperluan pesakit @ Pelanggan. Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Penggunaan ubat homeopati tidak diletakkan dibawah Akta Racun.

Open chat
hi, salam.
apa yang boleh kami bantu?