Tonsil adalah sejenis tisu ‘Limfa’ yg merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfa ini terdiri drpd sejenis sel dipanggil LIMFOSIT, yg penting utk bertindak melawan penyakit.
Ia terletak sisi kiri dan kanan di belakang mulut atau ditepi ruamg orofarinks. Manakala TONSILITIS adalah suatu keadaan bila mana terjadi radang atau jangkitan pada tonsil tersebut.

KENAPA TONSIL MEMBENGKAK
Tonsil menghasilkan sel darah putih yg membantu badan melawan jangkitan kuman,virus dan bakteria yg masuk melalui mulut. Tonsilitis akut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira peringkat usia. Biasanya tonsil kanak2 berlaku sebab berjangkit dengan kawan2 disekolah dan persekitaran. Tonsil pd org dewasa pula biasanya disebabkan oleh sistem imun badan sendiri yg memang sedia lemah. Tonsilitis juga mudah berjangkit terutamanya melalui perkakas makanan dan minuman atau percikan air liur.
#Ct_Homeopathy
#Ct_Share
#Natural_Solution